Tuesday, 15 April 2014

Kisah Tudung di Sana dan Sini



sekarang tengah hot kisah tudung ye.....

pasal harga, pasal manners, pasal warna-warni, pasal pendek




kak ton ni korang tau




punya la nak berjimat-cermat




tapi kekal vogue dan legenda




pakai tudung saji je



kalau ada function kat opis, baru tukar yang macam ni



untuk hi-tea, kak ton pilih yang gini pulak. konsep rama-rama di taman tasik



wedding punya tudung, nampak vogue sikit, setanding dengan pengantin dan tukang baling bunga rampai waktu pengantin jalan atas karpet 



untuk party harijadi kanak-kanak, kak ton pilih yang comel lote



ni pulak untuk dinner kat hotel, nampak elegen dan seksi




alamak..... 
boss tunjuk penumbuk. kata sibuk tapi membebel bukan-bukan hala


Monday, 14 April 2014

Beban...membebankan...terbeban?




kak ton berada dalam fasa baru dalam dunia kerja

amacam?...ada rasa kagum tak dengan ayat kat atas


bila assistant dah berenti, company bekukan (atau mansuh terus?) replacement. kawan unit lain pulak berenti tanpa notis, pun tanpa replacement

boss decided untuk sorang lagi ni yang kononnya tut tut tut tut pergi replace kerja budak yang dah berenti tu. kak ton pulak diminta tolong buat kerja dia dan jugak kerja assistant sendiri

hebat tak perjalanan tu. kak ton buat kerja untuk tiga orang sekaligus


kering tak hingus dalam idung kalau macam gini?


tapi ... dah bagitau boss awal-awal. jangan letak harapan terlalu tinggi. bila deal dengan operator, kak ton tak mampu bagi 100%. tau tau je le operator, budak-budak lepasan sekolah, warga antarabangsa, warga perak yang kadang-kadang susah nak handle 


department lain cakap 
waaaaa,,,,sure lebat masuk sebab additional 2 orang punya hal kak ton nak kena handle

sorry la kengkawan yek. kak ton tak de cakap pun pasal rm dengan boss. i tak tanya, dia pun tak de cakap apa-apa

kadang-kadang orang cakap rm adalah segalanya. memang ada betulnya tapi pada waktu ni, malas nak fikir. kak ton anggap ni lebih pada cabaran. kot kalau ada rezeki, ada la. kot kalau tak de, kak ton redho


tapi korang .....very le penat tau. menimbun ni ha nak ditackle. tak pasti boleh bertahan atau tak.

wahai hati yang putih bersih (konon la yek) ... bertahan la demi sesuap nasi. kalau ada rezeki lebih, kita rendam badan dalam spa. kalau rezeki cukup-cukup je, kita rendam badan dalam besen. santai depan porch



mode sapu airmata dengan hujung lengan baju kurung


Friday, 11 April 2014

Bogelkan Ia



tajuk sensasi macam ni boleh mendebarkan 

tak de bilanya. tengok le apa yang dah bogel, tak hebat langsung kan

kerusi l-shape ni kak ton beli masa pindah dulu, dah dekat lima tahun. tapi kalau kat situ ada je penunggu, tak mampu bertahan lama

span dah penyek, melengkung, kain kat bawah dah koyak. jadi tempat timi si kucing kesayangan iwan nyorok


dah berbuih mulut kak ton suruh pemuda idaman malaya letak kat tempat barang recycle. hari tu ada la lori charity dok pin pin depan rumah, collect barang yang boleh recycle untuk rumah anak-anak yatim/orang tua

tivi lama, bateri kete lama, paper lama, tin dan botol kosong ... cha ya nun alip. tapi tak kesah le sebab kerja charity kan. yang tak enaknya, dia duk paksa-paksa kita bagi duit. dah lama tak makan sebab tak de duit. haih,,,,terbantut napsu kak ton. kot kalau mintak cara baik tak pe jugak, ni tak. naik seram dibuatnya

terpaksa cakap kat anak-anak, kalau diorang ketuk pintu jangan bukak. sebab selalu jugak diorang datang

cadangnya nak le bagi kerusi tu tapi bila macam tu pengakhirannya, kak ton terpaksa cakap no no no pada diri sendiri

bila kak ton dah tak mampu sabar....
sambil tumbuk-tumbuk dada, kulit tukar warna hijau




gini le hasilnya...kerusi bogel

terus letak dalam kete, letak kat tempat sampah. tapi tak de le tempat sampah sangat, ada sign jangan buang sampah di sini. jangan buang konon...sampah punya le menggunung tinggi. kak ton cuma memeriahkan keadaan je

tempat tu ok, kejap je kerusi tu mesti dah tak de. pernah dulu letak komputer sekali dengan meja komputer. pagi letak, tak sampai tengahari dah lesap semuanya. well done penduduk klang


Wednesday, 9 April 2014

Dang Anum



masa dapat surat offer masuk uitm melaka, bukan main happy lagi. terus lompat bintang tujuh puluh kali

ingat lagi, masa tu baru lepas gaduh dengan abang kat tangga pasal taperware air. mak bukak surat, bagitau kat abang yang duk atas tangga. berani dia cakap "lantak le dia". tak de perasaan sungguh kan. tak nampak muka adik dia bukan main gumbira macam menang rumah banglo 1 juta 

masa tu kami hidup cukup-cukap makan je. dari kampung ke kl naik keretapi tidur rumah ayah chik kat cheras. lepas tu dia hantar pulak ke melaka. bayangkan....dengan segala baldi, beg besar ngalahkan tak de kedai wujud kat melaka tu. paling tak boleh lupa,,,,abad beli radio dari sepupu, takut aku boring. sob sob sob, sedih betul bila dikenangkan

first time jauh, sure le macam orang gila. room mate ajak pergi makan pun aku tak nak padahal perut bukan main lapar. terpaksa pasrah, jalan kaki sesorang pegi dewan makan

masa orientasi, aku rasa aku glemer jugak. kak ton le katakan...rambut panjang lepas ponggong sampai senior suruh potong. yei dei, tu trade mark aku hokei, ella giler masa tu

kat kelas pun aku menyendiri sebab aku bukan jenis senang berkawan. muka macam tikus je, moncong tak penah pendek. sekali tu masa subject english, lecturer suh buat lakonan. terbeliak semua orang tengok lakonan aku, over giler tau. huh, baru tau sapa aku yek

bila malam je, mesti call kampung. nangis-nangis nak balik. arwah yang banyak nasihat. terpaksa le telan ailio tanda setuju

1st sem, diri masih suci....result mesti le cantik 

sikit-sikit tanduk keluar. tanduk mencanak-canak keluar masa tinggal kat blok D. Dang Anum keadahnya. punya le nakal, kalah antu raya. antu pun seram dengan geng kitorang

geng pulak dengan anak-anak dan orang gaji warden, puan zaiton

semua orang aku rasa nyampah kat kitorang

kaki bergayut kat tipon. aku tak de boipren, jadi nak ilang boring, call je bomba yang shift malam. hahahahahah, syaiton kan?... bomba pu jadi, janji ada tempat nk bergayut. bomba tu mesti perasan hot bergetah. muka setepek tapi ada student berani ayat. bomba tu tak tau, muka kitorang lagi bertepek-tepek




lepas sorang sorang concur tipon, semua geng kitorang. satu malam tu semua senior kat blok D pakat serbu bilik kitorang. jahanam betul le....korang bayangkan, berpuluh-puluh orang attack kami. semua pun gara-gara tipon kuning. eleh, dengki pulak korang. dah kitorang cantik, mesti le rmai peminat. tu pun tak mampu korang pikir. nasib ada tukang jawab

aku rasa aku cuma kuis-kuis selimut dengan kaki. tak bersalah le kononnya


kitorang tau senior tu bengang pasal kekamcingan kami dengan warden. rumah warden tu dah macam rumah kami je. dengan orang gaji main tuju-tuju tin je. anak-anak diorang pun no hal. siap tengok video lagi. kalau lauk sedap, boleh je makan kat rumah dia

lepas penat layan tipon, panaskan air pas tu masak le maggi. sembang macam orang gila, gelak kuat-kuat. syaiton kan perangai

nak ambil air panas kat water cooler, kena menyeberang bangunan. tak boleh pakai seluar pendek kalau seberang, at least kain. appa susah, capai je kain batik. tutup aurat sangat kan?... ikat kain batik tapi sleeveless. tarik bulu ketiak tu baru tau 



bila buat kajian terperinci, memang aku bersipat antu sejak dari sekolah rendah. apa je yang aku tak buat dulu....harap muka je comel, perangai macam cabuk. bila mak marah, sanggup aku alihkan almari baju ke depan, pas tu nyorok kat belakang almari. macam le seisi rumah tak tau almari dah lari kedudukan. vongok perangai kan. lepas nyorok, kena tarik napas panjang-panjang sebab penat tarik almari 

kawan-kawan semua rasa pelik sebab aku berjaya meng"ayu"kan diri saat ini

harap anak-anak aku tak ikut le prangai aku dulu. ikut je keayuan ibu ye nak



Monday, 7 April 2014

Meatball ala David Lieberman




kak ton ni peminat rancangan masakan. rancangan lain tu ala kadar je tengok, jeling sebelah mata je

seisi keluarga pun dah paham keminatan kak ton ni. suami yang macho macam aaron aziz pun dah terikut-ikut. sweet je bila tengok dia dengan kain pelikatnya tengah tengok AFC




hari sabtu petang sempat tengok good deal with david lieberman. rancangan masak omputeh dengan bajet rendah kononnya

nampak menarik jugak

tak salin pun resepi, tengok-tengok sambil telan ailio

nak kena buat le gayanya kalau ailio dah melimpah ruah dari mulut


  




cuma gunakan daya ingatan sebab tak de resepi. harap-harap menjadik la

200 gram daging cincang
1 biji telur
1/4 sudu serbuk lada hitam
4 sudu besar serbuk roti
1 biji bawang besar - potong dadu
1/8 sudu mix herbs
2 sudu besar butter
10 cendawan butang
1 cawan stok ayam
2 sudu besar tepung
2 bay leave
2 sudu besar lea & perrins
1/2 cawan susu
garam

Campur daging, telur, serbuk roti, serbuk lada hitam, garam, mix herbs dalam mangkuk

Tumis bawang besar  dengan minyak sampai wangi. Masukkan dalam mangkuk berisi daging tadi. Gaul rata semua bahan. Bulat-bulatkan ikut suka tapi adalah lebih logik kalau buat comel lote, sekali ngap semua dah lenyap

Goreng daging, angkat dan masukkan dalam bekas yang bole masak dalam oven

Panaskan butter, masukkan cendawan butang. Aku tak jumpa cendawan butang kat tesco, jadi beli je cendawan yang sesuai. Jangan pulak masukkan cendawan yang ada pada roti expired ye

Tambah stok ayam dan tepung. Masa ni kena guna whisk sebab tepung tu akan bergentel. Lepas semua dah ok, masuk bay leave, lea & perrins dan susu

Rasa dulu sebelum nak tambah garam. Stok ayam dan sos lea tu dah masin. Kot kalau darah tinggi nanti aku tak tau ye. Adjust la kepekatan kuah tu ikut selera masing-masing

Masuk kuah dalam bekas meatball tadi. bakar dalam over pada suhu 160 darjah, 15 minit

motip masuk dalam oven adalah untuk memasakkan daging je (aku rasa la, heheheh)





akhamdulillah... ingatan aku masih ok, berjaya dengan cemerlang kot

mari kita lompat bintang together-gether





Thursday, 3 April 2014

Juling Bijik Mata



anak baru tiga tapi contraction pain merasa empat kali

sapa berjaya beranak mesti tau macamana rasa sakit nak beranak. boleh juling bijik mata tau, punya la sakit. nak cakap pun tak boleh cari ayat yang seswai menampakkan kesakitan tu

sekarang aku merasa lagi sakit macam tu

no no no ... kak ton tak pegnen pun


sakit gigi je korang
tapi sakit gigi dah menyamai ranking sakit beranak

aku ingat nak relax je melayan perasaan, buat-buat cool sambil pegang pipi, urut-urut pipi yang halus mulus

pejam mata erat-erat sambil bayangkan diri pakai bikini bintang-bintang kat tepi pantai hawaii sambil tom cruise melambai-lambai tangan dan flying kiss pada aku

10 minit je berjaya berpura-pura ayu. lepas tu rasa nak mengelupur. rupanya bukan dekat hawaii tapi dalam kandang harimau bintang, pat lima ekor harimau bintang dah stand-by depan aku

kepala aku duk pikir, ini ke pengakhiran kehidupan. memang korang, aku pikir boleh bawak mati ke kalau sakit gigi tahap gaban macam ni

sakit gigi sampai nangis tau. 1 jam nangis tahan sakit, mata aku dah macam bijik kelapa sawit. anak-anak duk menyabarkan aku sambil mata diorang tengok running man. ikhlas sangat kan??..

en. suami yang masa tu tengah kapur kasut sekolah anak dengan penuh semangat kasih sayang buatkan air garam tapi tak jalan. kalau macam ni punya sakit, minun air laut 1 tangki pun belum tentu berjaya

semalam ..... dengan hati yang berat, penuh ketidakikhlasan, terpaksa heret kaki ke klinik gigi. tak menjadik rupanya antibiotic yang doktor bagi ahad lepas

terpaksa merelakan gigi digodek dan dijolok doktor. kalau tak ok jugak, kena buat root canal. 2 tahun lepas aku buat rm450, sekarang dah naik rm600. tu tak termasuk check-up lepas tu, lepas seminggu kena datang check balik

double juling bijik mata dibuatnya 


Tuesday, 1 April 2014

Cookies dalam Bekas Comel



kita boleh panggil ni sebagai kombinasi yang baik

tukang buat dan bekas adalah seiring .... comel

lalalalalala, nak muntah le tu kan?..

biar la kak ton nak perasan comel macam wardina kejap. wardina kan comel, cantik, ayu. jangan samakan kak ton dengan hanez suraya pulak ye. no no no

buat 400 biji cookies dalam satu malam adalah memenatkan tau. nak-nak pulak esok tu working days. tak ke juling bijik mata dibuatnya. tak pe, x de masalah. yang hitam-hitam sikit boleh masuk mulut, hilang sikit stress



taraaaaaaaaa

konsep jimat cermat yang diminta. jenuh tau pikir macamana nak buat. memula dia nak cream puff tapi kak ton tentang habis-habisan

nak bawak balik ke perlis, hari khamis dah nak. majelis pulak hari ahad

tak ke rombongan pengantin perempuan dapat pakej.... cream puff dengan hiasan kulat




tak de permintaan untuk hiasan, bogel pun tak kesah tapi kak ton yang kesah

kebetulan ada bunga cenonet purple yang sama tema dengan majelis. ok, jom kita lekat atas kotak kasi menawan

bunga ni atas kerelaan ye, tanpa bayaran atau kos terselindung
omputeh kata foc




cadang nak buat blueberry tart tapi bekas tak muat pulak. kang hancur tat, kak ton yang meleleh airmata. tak pasal-pasal gaduh dengan laki sebab nak release tensen. saiko punya pompuan kan??





Friday, 28 March 2014

Gaya Terkini



penat-penat kak ton punya effort

pergi kedai langsir beli kain, beli tape tempat penyangkut rail

ukur tinggi sliding door

bentang kain tengah rumah

potong kain ikut tinggi sliding door, potong kain untuk buat pengikat

keluarkan mesin jahit yang antik

bersengkang mata menjahit di malam yang hening, ditemani bunyi cengkering dan unggas rimba. sesekali kedengaran bunyi nyauman rimau dan pekikan ungka
ko dah kenapa menipu tak agak-agak,,, menjahit dalam hutan simpan belum ke?


akhirnya...... gini yang laki ku buat

main jerut je langsir tu






terima kasih darling

kenapa tak jerut yang sebelah tu sekali??... 
kat bilik atas pun ada jugak langsir, sila pakejkan sekali ye. bio juling bijik mata isterimu ini

eric leongggggggggg.... tolong kak ton. nak menang pakej ubahsuai rumah. tak nak pakai langsir dah, nak blind je


Thursday, 27 March 2014

Line Internet



sekarang zaman dah maju
zaman sains & teknologi kata ko

semua benda pun nak kena pakai internet ... 
isi borang, check brim, minta kerja, tengok prestasi pelajaran anak, skodeng laki buat apa kat fb

kadang-kadang terpikir jugak, kalau yang tak de, macamana???.. orang-orang kat pendalaman, yang sumber kewangan cukup untuk makan sesuap nasi sehari. susah jugak kan?...

nak tak nak kita pun terpaksa mengikut peredaran masa, tak gitu?? tak de masa nak nunjuk2, nak megah2 sebab benda ni dah jadi macam keperluan

bila dah selalu ada depan mata, nak le jugak yang ok, tak menyakitkan hati. kalau tenet lembap semacam, rasa nak gigit-gigit je tiang lektrik

dulu masa ceburi bidang tenet ni, pakai la line tutttttttt. punya la sakit jiwa, macam harem. duit keluar untuk register, untuk ulang-alik ke pj sebab centre dia kat sana, penalty sebab terminate sebab aku guna kontrak. takkan aku nak kena duk atas pokok durian semata-mata nak dapat line

tak nak menoleh ke belakang lagi (ewahhhhh, sasterawan sungguh), aku pun tukar. ok jugak line yang baru ni tapi harga pulak tak berapa menawan

bila kita hidup berkonsepkan ... "nak yang murah tapi meletops", kena la pikir dan korek-korek jalan penyelesaian. lepas guna dekat 3 tahun, aku berjaya jumpa yang yabedabeduuuu

kena dengan gaya aku yang jimat kedekut

line internet pilihan aku adalah  ....



boleh le online sesuka hati. tak yah pikir pasal RM lagi