Tuesday 18 December 2012

Home Deco



Bila first time nampak banner kat tepi-tepi jalan, memang aku semangat giler nak pergi.

Al-maklum la, rumah nan ado cantik. Tengok hiasan yang cantik je mampu mengubat hati yang duka nestapa. Kebetulan laki ku korje minggu ni, cantek sangat la projek jenjalan. Haaaahha.. kejam tak? suka berpeseran tanpa laki di sisi. Ala, bukannya apa. Ada benda yang kita sonok buat tanpa laki, ada yang bole mentik bersama-sama

Maka, hari sabtu tu gigih la aku kejutkan anak-anak. Semangat betul nak menjelajah pameran ni kononnya. Malam sebelumnya, dah siap ukur tingkap dapur, dengan harapan nak beli blind untuk ganti langsir yang berwarna maroon pada asalnya, sekarang dah tukar warna ????.
haaaaa,, sukar untuk digambarkan

Planning memang terbaek, siap-siap brekpes kat kedai mamak. Tak kuasa aku nak keluarkan tenaga, tenaga yang ada lagi baik diguna untuk aktiviti jelajah

waaaaa.. banner dah nampak. bergetar-getar jiwa mak tau





aik ,,,, dari kejauhan aku nampak makhluk warna putih. apa ke heinya angsa ada kat pameran deko. angsa boleh buat deko?... angsa idup plak tu

aiseh... aku gi tempat jabatan veterinar rupanya. tak pe la, dah sampai. aku teruskan kaki melangkah. angsa pun angsa la




ladang arnab pun ada




minah sorang ni memang suka glemer. dia ada yang melebih dari adik dia. nak bagi makan arnab la dia. ikutkan aje, konon nak berlawatan dalam keadaan happy




dah dia nampak kuda le pulak

moncong tiba-tiba jadi panjang macam galah jolok buah cempedak yang ada kat luar pagar bila aku kata cannot. no choice, cannot kena tukar jadi can. kang moncong tu bole buat highway plak




kuda pun kuda la angah woi, ibu ikut je




adik n abang rilex je, tak banyak ragam macam si anak dara
memang itu le ketentuan-Nya

main burung je diorang




pelik ..... penat aku berjalan, tak nampak satu pun mende yang boleh didekokan. gerai makan ada, budak-budak nari lagu gangnam ada, kolam besar tapak tangan resaksa untuk budak-budak mancing ikan keli ada. pelik nih.... kaki penat, barang-barang yang tak de kaitan dengan deko banyak yang aku rembat dan terpaksa rembat. aku beli seluar sekolah agama kat pameran deko, ko mampu?. sungguh lari dari tajuk dan tujuan nih nampaknya


ishkkkk.. dah nak u-turn untuk balik baru nampak
hek elehhhh. kat celah tu rupenya

budak-budak dah berzikir mintak balik, round cepat-cepat untuk puaskan hati sendiri
dalam nak cepat tuh, aku rembat 2 barang ni





masa demo bukan main menakjubkan 
tak mo buang masa, aku beli satu
apa ada kat dalam, nanti aku cerita




ni tak yah cerita, kotak dah bagitau.. food processor
bulan lepas baru je beli juice maker
sedikit pembaziran tapi aku ada sebab tersendiri
kononnnnnnnnn




No comments:

Post a Comment