Sunday 30 September 2012

Ruangan Serbaguna



Sebagai wanita bekerja dan surirumah separuh masa, kita mestilah pandai menggunakan
kesempatan yang ada

Al-maklum la, masa kat rumah adalah sangat terhad

Mana nak masak, basuh baju, lipat kain, menyapu sampah
Pelajaran anak pun kita nak kena tengok jugak

Kadang-kadang nak turun naik rumah pun tak sempat
Kalau sempat pun, malas la pulak

Jadi, kita haruslah guna apa yang ada dikeliling kita dengan sebaik mungkin



Sebagai contoh, mokcik pelbagaikan kegunaan kerusi

Ni kerusi yang ada kat ruang tamu, jarang guna melainkan ada tetamu
Jadi mokcik gunakan jugak kerusi tu sebagai tempat penyangkut

Semua benda pun bole disangkut
Plastik la, baju berhanger yang diangkut dari penyidai
Tuala pun selalu ada kat situ



hanya gambar hiasan, tak de kena mengena dengan yang hidup atau mati



tumpukan pada hasil sangkutan saja yek

pasu bunga yang ala-ala sedih tu sila abaikan
sekarang pasu tu dah ada kat luar rumah


Tak De Keje



makcik vs anak sedara



anak sedara vs anak sedara

lokasi menari, pengangkutan pun hebat
boot yang tak ble tahan

anak-anak sedara berposing kenangan dengan basikal atuk mereka akka bapakku

Choc utk Bertunang








Saturday 29 September 2012

Terkenang Semasa Dulu

Walaupun muka mokcik ala-ala gengster kampung dusun tp hati mokcik adalah suci
Bukan aje suci tapi mulia
(aiseh ,,,,, bikin orang sakit hati pulak)

Betul, mokcik tak tipu

Korang pasang le cerita bersamamu tv3 tu, sure mokcik meratap
Nak-nak pulak kisah anak-anak yang tak sihat

Biar la, lantak la kalau korang tak percaya
(SEDIH campur malu, cepat cepat nyorok dalam stor )

Ok, lari tajuk le pulak. Jom kita kembali ke pangkal jalan

Kenapa mokcik kata hati mokcik suci........?
Sebab mokcik selalu teringat zaman kat kampung dulu
Zaman membesar dengan adik beradik, dengan kawan-kawan
(Ada kena mengena dengan hati suci?.....)

Masa sekolah dulu, geng mokcik adalah gangster ternama
Tapi tak tau kenapa,,,,, masa kat itm dulu pun gNGster jugak
Salah sapa tu?....
Adakah itu takdirku?....
Dibenci budak2 sekolah

Masa darjah nam dah simpan ekor
Kan dulu rock kapak habis, awal-awal mokcik dah join rockers
Rambut ekor, sorok bawah leher, lekat dengan selotep

Trajedi kena panggil dengan cikgu disiplin, cik nazipah
Mokcik mmg gemo selak skirt budak2
Satu hari tu, mokcik singkapkan skirt anandy,,,,xdia pakai spender merah tuh
Dia pun teruk, tak social langsung, hidup tk de kegumbiraan  :-)
Tu pun nk ngadu kat cikgu
Tak pasai2 kena menjawab dengan cikgu

Dua tiga kawan lain pun sama
Ada ke kes mokcik susun paku payung atas kerusi diorang pun nak bising
Relax la, bukannya paku tu tembus sampai ke pipi
Sikit je tuh
:-)

Ada budak2 yg time period bawak spender extra
Al maklum le, budak baru nak belajor
Waktu rehar, mokcik amik spender tu dan gantung kat tepi tingkap
Eleh ,,, tu pun nk nangis
Bajet manja la tu

Bila pikir2 semula, kalau mokcik tak buat gitu, tak de  memori untuk dikenangkan
Dan tak de le sebab yang membolahkan mokcik senyum sesorang

Rindu masa lalu ......

Friday 28 September 2012

Impiana Sept - hanya nama



Impiana bulan September ada sembang pasal rumah terbengkalai

ooooooo, mokcik ada very bad pengalaman dengan rumah, kat sini

bila dalam fb impiana ada status pasal terbengkalai ni
cepat-cepat le mokcik komen
komen yang amat la benar dan bernas kononnya
berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dengan rumah terbengkalai ni

dan
jeng jeng jeng

tertonggok la nama mokcik yang unik ni kat dalam impiana
secebis je pun, tak de le retis sangat




tapi komen itu sangat la berguna untuk panduan yang di luar sana
pemaju adalah memainkan peranan utama, ramai yang mengelat
bila kita yang naif ni terlepas pandang, mungkin nasib macam mokcik

dah menang kat tribunal pun diorang masih tak mo bayar LAD
kalau la dapat, bole la mokcik cuti tanpa gaji

golek-golek depan tivi, goyang-goyang kaki sambil lari-lari keliling rumah

tapi, what to do
rezeki tak memihak pada kitorang



the cover



the gift



ingatkan komen kosong je

semalam dapat surat dari Impiana
walawei....dapat voucher massage & facial

di saat diri memang mendambakan belaian, voucher ni datang menempelkan diri
sungguh la rasa bertuah

tapi kat kota damansara la pulak
malas betul rasanya nak bergerak ke sana
kena la mintak bantuan dari en.suami yang malas bab gini



tapi satu nasihat dari ciki 
jangan terpedaya dengan pujuk rayu diorang untuk buat extra treatment
dari dapat free, terus kena keluar duit sendiri

penasihat kecantikan kata dia nak ikut
pantang betul,,,,tak bole la langsung ibu ni nak santai
ada je yang nak numpang

anak dara ku memang la suka bab-bab gini

Thursday 27 September 2012

Penyebaran Berita



Copy dari wall adik mokcik ... agak funny, tergeletek hati

 

aiseh ... tak nampak pulak
tak pe, mokcik dengan bangganya taip semula


Situasi sebenar : seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tiba-tiba dia dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama : Nenek meninggal, penarik beca dicari

Harian Metro : Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan

Utusan Malaysia : Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?

Harakah : Kami tiada beca (hihih, lari tajuk)

Malaysiakini : Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah

Mastika : Misteri penarik beca : Hantu ubi mengganas

Tamil Nisan : Nenek punya ubi mati dilanggar beca

Tamil Naidu : Nenek mati kerana ubi dilanggar beca

Pancaindera : Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Gangster Beca

Najib Razak : Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!

Anwar Ibrahin : Kematian nenek yang dilanggar beca adalah suatu konspirasi berniat jahat oleh UMNO

Ibrahim Ali : Sampai bila kita nak tengok nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!



Surat khabar memang la medium paling bagus dalam menyampaikan berita


Ada orang yang kalau sehari tak baca paper, dia rasa idup tak lengkap
Macam kakak mokcik kat kampung tu, punya la tak senang duduk kalau tak de paper



Mokcik ni haaaaa... relax je
Tak tau dah berapa lama tak menonton paper

kalau baca pun, kejap je dah settle


Tapi bila baca post tu, rasa sangat la tepat


Paper ni cerita lain, paper lain pulak lain fakta

Kena bole jadi cenggini?...
Nak maniskan cerita?.. atau nak memasamkan?


Tapi rasanya tamil nisan dan tamil naidu punya la yang paling kelakar

Wednesday 26 September 2012

Not easy




seriously, bukan senang nak jadi ibu yg bekerja

12 tahun tempuh lifecsebagai mummy dan pekerja contoh
tapi sekarng rasa penat sesangat
kerja yg datang mencurah-curah
staff yg berhenti tapi replacement tak de

engineer yg dah resign dekat 2 bulan pun tak de tumbuhnya
rasa down sangat, dengan commitment yang kurang dari operators
dengan supervisor yg mc 2 bulan

zcabaran, kan?

tengok boss pun rasa kesian sangat
terkejar2 la dia nak attend banyak benda

mokcik?.... try la yang mana termampu

bukan senang nak handle banyak benda sekaligus



Selamat Bertunang












Tuesday 25 September 2012

Orang Buruk pn Pandai Masak

Sembang


amboi amboi

sejak dari first time tengok iklan masterchef, memang la rasa sikit tak sabar
bukan sebab seronok tengok semua peserta bersilat
tapi tak sabar tengok puan penasihat kecantikan

mesti semua orang tau sapa yg mokcik cakap
(amboi .... semua orang konon, berapa ribu org la yg baca blog ekau)

tiba-tiba nama che lah meniti dari bibir penduduk malaysia
al-maklum la, pompuan cantik

tiap kali masterchef bersiaran
maka tiap kali tu la bibir along keluarkan kata-kata

"saya nak buktikancperempuan buruk pun pandai masak"


Monday 24 September 2012

Jom Tengok Petua .... walaupun kita masih muda



Selamat pagi semua, assalamualaikum.

UPSR dah settle dekat 2 minggu tapi baru la hari ni dapat update
Biasa la, tenet selalu la dengan problem
Hidup kurang sempurna pulak rasanya bila tak de tenet


OK, hari ni tak nak cerita banyak
Walaupun kita ni masih muda belia tapi bila kat dapur, petua banyak la membantu

Nak meringkaskan kerja, nak membetulkan kerja yang tak betul
Nak mengelakkan buat kerja pun bole
Petua untuk mengelakkan buat kerja adalah ,,,,,, buat2 demam

Cara mudah kupas bawang putih
Panaskan seketika bawang putih dalam mikrowave.
Boleh juga rendam dalam air selama kira-kira 10 minit.

Bab merendam tu memang betul, mokcik yang muda ni selalu buat


Susu tidak melimpah
Sebelum didihkan susu, sapukan mentega pada keliling bibir periuk.

OK, sila perhatikan betul-betul, mentega disapu pada bibir periuk, bukan bibir sendiri yek


Makanan terlebih garam
Masukkan hirisan kentang, tomato atau sesudu teh gula ke dalam masakan

NI pun ada la jugak mokcik applikasikan
Kadang-kadang bila teringat boipren lama, terlebih pulak campak garam dalam makanan
Cepat-cepat masukkan kentang sebelum laki mokcik campak mokcik pulak
:)


Elak mata berair waktu mengupas bawang
Kupas bawang di bawah air mengalir atau berhampiran dapur gas yang menyala
atau masukkan dulu bawang dalam peti ais

Sila masukkan bawang saja dalam peti ais ya, bukannya anda masuk dalam peti ais sambil mengupas bawang


Mengekalkan warna sayur
Bagi mengekalkan warna hijau sayur segar, tambahkan secibut gula ketika memasak.
Boleh juga masukkan dalar air berais sejurus mencelur sayur.
Untuk terung, tambah sesudu susu dalam semangkuk air dan masukkan terung sejurus dipotong. Warna ungu terung akan kekal.


Begitulah serba sikit petua orang zaman dulu kala yang boleh kita gunakan.
Bertemu di lain kali dengan resepi yang lain.


Wednesday 12 September 2012

Standard ....



Memang tak de ke pesen lain utk berposing?

Bila suruh anak-anak berposing, gini aje le hasilnya
Asik-asik peace

Memang la bagus mengenangkan keamanan tp sungguh la boring untuk sesi photo shoot

Tak ada ke gaya gedik ..... atau gaya ayu?..

Mungkin minda diorang belum terbuka
Mungkin diorang tak pernah tengok lagi gaya manja ala majalah mangga

Untuk itu, mari kita intai
Ni yang hanya snap dari galaxy yek
Tak masuk lagi yg dari kamera
Ya ampun ......kat kamera lagi le banyak

Kesian .... cuti cuti sekolah nanti ibu bawa pergi tepi pantai yek
Kita post ala2 rambut mengurai



dia ni memang takkan ada posing gaya lain
ni je le yang dia reti nak buat




hamek ko, dia lagi

sila abaikan pemandangan di belakang
waktu buat plaster siling, rumah ya amat lintang pukang

en suami menikmati ipoh white coffee
en suami yek,,,,bukan pekerja yang buat plaster siling
:0




si anak dara

kerusi haruslah diserkup dengan kain untuk mengelakkan debu bermaharajalela
tapi ..... lepas siap pun rumah tetap berhabuk
salah sapa?




walaupun tulang temulang menonjolkan diri, peace tetap peace

abaikan jugak tikar itu
sekarang tikar tu dah tak ujud

Tuesday 11 September 2012

UPSR ..... tension nih

Hari ni consider hari tension sedunia
Alamak,,,,,bukan sehari je tapi 3 hari

ALONG berUPSR

Ibu ibu semua mesti berperasaan macam ni
Seram sejuk, kadang kadang seram panas

Bagi yang ada pengalaman, rasanya dapat la hendle
Mokcik ni first time
Napas turun naik
Naik tak turun turun pun ada
:-)

Anak sulung, pengalaman pertama, lelaki pulak tu
Amatlah berdebar-debar dan mengerikan

Start dari minggu lepas mokcik dah bersyahdu
Sekolah buat majlis bacaan yassin dan mohon restu
Sebak weh...

Walaupun cuti-cuti malaysia, tetap nk join pengalaman pertama ni
Waktu bacaan yassin, para ibu yg cuti duk bahagian belakang
Lepas solat isyak, anak-anak duk berdepan dengan ibu bapa
Pegang kismis la kitorang mak pak ni
Ustaz ni ,,,,bikin lagi syahdu
Suruhnya tenung muka mak pak n vice versa
Pulak tu suara iringan adalah mendayu
Maunya tak menitik
Sob sob sob

Yang pak eh lagi sorang
Bisik kat telinga along
"Along, cakap ,,,ibu, halalkan air susu ibu masa along kecik dulu"
Dua tiga kali bapaknya sebut
Tapi tak dicakapnya pun    ......   ngeh ngeh ngeh

Semalam pun rasa syahdu diri mokcik ni
Tap tup tap la airmata ni
Kaca sungguh la hati tu kononnya

Kakak pulak sms bagi kata semangat
Aiseh ..... tuan punya badan pulak nangis
Haaaaaaa, comel je along syahdu

Pagi-pagi ni mokcik dah siap call mummy kat kampung
Untuk sama-sama mendoakan along

Bapak eh hantar pergi sekolah
Mokcik kena ke opis tepat pada waktu bekerja
Waktu keluar rumah pulak sesi berpelukan mak n anak
Ayo yo ..... sila sediakan baldi

Alhmdulillah, sempat baca surah yassin dari opis
Ingat nak buat 2nd round tp agak bizi la pulak

IBU HARAP ALONG BERJAYA MENJAWAB DENGAN TENANG
DOA IBU SENTIASA BUAT ALONG

aiseh ......saya adalah jiwang

Monday 10 September 2012

Puyuh Goreng




Mokcik bukanlah ibu mengandung
Tapi rasa mengidam betul nak makan puyung goreng

Yang digoreng sendri
bukan yang tukang masak tolong gorengkan dan pembayaran harus dilakukan




Punya la hazab nak mencari puyuh

Kat pasar tak de, kat giant n tesco pun tak berjumpa

Amatlah berbesar hati mokcik bila en bob yg pergi ke sekinchan dapat belikan


Fuiyyyyooooo,,,, baik punya servis

Tq la sesangat wahai bob

Dah la tolong beli, siap hantar depan rumah la


Lalalallalla.... lepas la kemaruk

10 ekor puyuh yg dah siap cuci


Tanpa menunggu barang seminit dua,

Laju-laju berlarik bapak ke dapur
Panaskan minyak untuk menenggelamkan 4 ekor dulu



Jimat cermat amalan yang mulia
Tak boleh tamak, kena goreng sikit sikit
Bukan senang nak carik nih





Thursday 6 September 2012

Mari Buat RED PEARL




Sekarang ni semua bole menyombongkan diri
Tak nak makan biskut raya

Almaklum la ..... pegi mana2 pun ada biskut



Tunggu la lagi sebulan
Tengok biskut macam tengok kambing panggang

Meleleh la anda semua tengok


Maka, adalah bagus untuk mokcik post lagi satu resepi
Untuk bekalan bulan depan

Bila biskut raya dalam ingatan boleh la buat

Bahan pun ya amat senang, tak payah pikir nk cari di mana


Resepi dari cendana kasih.


Bahan 
150 gram butter
150 gram tepung gandum
75 gram gula kastor
60 gram cornflakes (ramas sikit)
50 gram coklat chip
20 gram ceri merah dan hijau
25 gram badam/gajus/hazelnut (bakar sekejap dn hancurkan sikit)
1sudu teh emplex
1 sudu teh esen vanilla

Ceri merah dan kuning telur untuk hiasan


Cara
1. Pukul butter dan gula hingga sebati
2. Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3. Sudukan sedikit adunan ke dalam dulang. Sapukan kuning telur dan letak ceri merah.
4. Bakar pada suhu 165 darjah, 20 minit @ terpulang pada oven




Raya haji nanti sila buat sendiri kalau rajin
Kalau malas, sila order dgn mokcik

Hahahahahaaha ...... bai bai





Wednesday 5 September 2012

Tat Bunga



Baru teringat, ada satu lagi kejadian memalukan berkenaan entry sebelum ni
Kot kalau senang, mokcik cerita

Waaaahhh.....bajet penglipur lara plak
Syabbasss....ni kes syok sendiri

Hari ni kita kembali ke kelas masakan
Dah lama tak menayang gambar n resepi masakan

Waaaaahhh... yang ni bajet tukang masak plak

Ahaksssss....ilmu yg ada jangan disorok
Kelak tak berpahala



Ni antara biskut kegemaran anakanda tercinta

Nak membuatnya pun bercinta jugak tau
Dua tiga kali kerja
Dah menggentel jam, nak kena canai
Lepas tu nk kena sumbat pulak dlm cup besi

Kalau buat sikit ok la kot
Kalau banyak, mungkin terbantut pertumbuhan kuku untuk beberapa waktu

Meh kita layan resepi yg dikopi dr cik mat gebu


Bahan
120 gram butter
120 gram marjerin
60 gram gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 gram tepung jagung *
50 gram tepung kastad *
300 gram tepung gandum * (gaul dn ayak)
Jam nenas secukupnya

Cara
1. Putar marjerin, butter, gula, tekur dan esen hingga sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit hingga doh menjadi lembut.
3. Canai doh setebal 4mm, terap dengan acuan bunga. Masukkan ke dalam tin patty
4. Gentel jam sebesar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh
5. Bakar dlm oven pada suhu 175 darjah selama 15 hingga 20 minit.
6. Sejukkan.

Note : hiasan adalah mengikut kreativiti


Tuesday 4 September 2012

Bila Darurat

Terbaca status kawan di fb
Terpaksa mengadap jalan yg jam dan waktu tu jugak la dia nak mengencingkan diri

Ni memang betul punya darurat

Kalau jadi pada anda semua, apa yg harus dibuat?....
Pakai pampers?...
Brek emergency n berenti kat tepi jalan.....

Peristiwa ni pernah terjadi pada mokcik beberapa tahun yg lepas
Masa tu dalam bas, dari perak ke shah alam

Balik dengan anak2 dan sepupu laki
Masa tu highway plus tengah diupgrade ke 3 lane
Semua kenderaan merangkak ngalahkan kura kura
Bukan kura kura biasa tapi kura kura yang tengah demam

Oooooohhhh..sungguh la tak disangka benda ni akan terjadi pada diri sendiri

Memang daddy mokcik akan beli samting untuk kitorang makan dalam bas
Hari tu dia belikan jajan dan buah epal

Perut dah makin senat, tak boleh tahan lagi
Naik juling juling bijik mata mokcik menahan

Apa nak buat nih?....

Baru je lepas ipoh
Tengok pada keadaan jam mau 3 jam baru boleh sampai tapah

Tiba tiba plastik epal berada kat ujung mata
Idea songsang datang menjelma

Apa mokcik buat tau ?........

Keluarkan semua buah epal
Suruh budak pompuan yg dok seat sebelah sana tu paling ke kiri
Sebab masa tu mokcik duduk kat lane kanan
Terpaksa la bagitau misi mokcik
Sepupu laki kt belah depan tu pun mokcik dh bgtau

Pelan pelan mokcik adjust seluar dn aim plastik tu baik baik
Sikit sikit mokcik buat pengeluaran
Aisehhhhh......tak mengena sasaran rupenye
Banyak yang duk kat luar dari yang masuk dlm plastik

Terpaksa suruh along bukak t shirt, nasib dia pakai sweater

Abih ...takkan nk biarkan air tu mengalir ke depan
Ooooo, lupa nk bgtau, mokcik duk seat belakang sekali

Bila dah lama sikit, bau bukan main semerbak dalam bas
Seksa rasanya nak tunggu sampai ke tapah
Nasib ada satu seluar extra, track bottom je pun

Sedaya upaya mokcik menselambakan diri
Konon bau tu bukan dari kitorang la
Tapi kalau dah bersalah, perasaan tu tak boleh cover

Rasa nak je jumpa semua penumpang and say sorry
Tapi nanti glemer plak, kan?....

Monday 3 September 2012

Mercun

Diam tak diam dah melepasi pertengahan Syawal
Rasanya baru je bersalam-salamam di pagi raya
Meredah jam dari pukul 10 pagi hingga ke 7.30 malam untuk sampai ke Perak dari Melaka

Terbayang bayang lagi muka mak yang nangis sebab ai berjaya bawak balik cucu dia
Anak arwah abang yang dah lama tak balik
Surprise dari ai untuk mak abah
Sorang pun tak tau benda ni
Tup tup dia ada depan mata
Maunya tak terkejut ......

Ok stop.....tak mo cerita pasal tu

Nak cerita pasal masalah keluarga
Amboi .... bajet retis ke? Cerita masalah family kat blog

Hik hik hik ,,,,,bukan la masalah apa pun

Tiap kali ramadhan, mesti timbul benda ni, masalah mercun
Hubby mokcik punya kawan adalah penjual mercun tahap internasionale kot

Punya la hebat, siap ada katalog
Silap banyak kalau pikir katalog dia macam biasa je
Siap laminate, ada ring, warna warni lagi hokey
Kalau dikemukakan untuk tender,  sure boleh menang

Dan hubby mokcik pulak adalah pembeli tegar mercun
Kalau beli, tak main la dua tiga batang
Dia akan beli berkotak kotak untuk tiap jenis
Kalau ada 20 jenis, maka semua pun dia akan beli

Dan yang paling membunuh, tiap kotak tu bukannya harga 3 atau 4 ringgit
Makan berpuluh rm utk setiap kotak

Pernah korang tengok mercun roket sampai 90 engget sebatang?
Diulang yek , rm90 sebatang

Nangis tak kalau dia beli 6 batang?

Pernah tengok mercun papan 60 kaki?
Bila main kat kpg kena panjat pokok, ikat kat dahan
Dah ikat pun masih panjang berjela kat tahan
Dia beli ni 2 gulung, segulung adalah 60 engget

Tiap kali nak raya, akan berdebar la mokcik
Berdebar sebab tk ble nk bayangkan berapa banyak pembakaran yg bakal berlaku

Tapi, sungguh la magic

Tahun ni dia tak beli langsung

Cuma segulung utk anak anak main

Alhamdulillah
Tak de mercun pun bole jugak raya
Anak bulan syawal tetap jugak keluar


Saturday 1 September 2012

Tema bola lagi

Order pertama di bukan syawal lepas berjaya menepis beberapa order

Mood belum mari, rasa tak syok siapan order tanpa feeling
Takut hasil takcmemuaskan

Lepas balik dari beraya di banting, maka operasi pun bermula

Suka plak buat jersi

Repeat order dari assstant ai, cik fasha
Tq fasha sebab tak jadi berhenti n atas order ni
Berjaya convince dia dengan future plan

Happy birthday wawan