Wednesday 26 February 2014

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


seriously kek ni memang sedap nak mamps

kalau aku jadi juri masakan, aku terus bagi 6 bintang out of 5. hebat tak terkata la tu kononnya. tapi memang sungguh, kak ton tak tipu

ramai orang pun dah try, semua pun komen yang sama







disebabkan kak ton tak edit gambar, gambar pun guna kamera tab je, nampak macam biasa-biasa

korang tengok pun tak menaikkan napsu kan?... 
jangan cakap banyak, weekend jom buat beramai-ramai

resepi dari kak ita jua



Bahan Kek Coklat:

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega 
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit. (yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudu kecik cuka)
1 cawan air suam

Sblm tu sila panaskan oven terlebih dahulu.. suhu 160 celsius.. api atas bwh..
Dgn menggunakan mixer, putar mentega + gula ( gula kastor dan soft brown sugar ).. pukul sampai sebati
masukkan sebijik telor.. putar kejap.. masukkan lg sebijik telor.. putar lg

masukkan tepung gandum yg di ayak terlebih dahulu.. gaul guna senduk bg tepung tu sebati..

Pastu aku masukkan serbuk koko lak.. sama gak aku ayak terlebih dahulu.. gaul lg sampai sebati.. masukkan soda bikarbonat pulak.. gaul lagi.. 

Kemudian aku masukkan susu yg di campur cuka td tu sikit demi sikit.. masukkan sikit, kacau.. masukkan lg.. dan kacau lg.. buat sampai abis.. pastu baru aku tuang air suam lak sikit demi sikit.. kacau.. tuang lg dan kacau..

Akhir sekali aku masukkan esen vanilla.. kacau semuanya sampai adunan betul2 larut dan sebati.. aku tak masukkan garam dlm adunan kek.
tuang adunan td ke dalam loyang yg di lapik dgn kertas minyak di dasar dan keliling loyang
Sejukkan dulu kek sblm di hias dgn Cream Cheese Frosting..


Bahan2 utk Cream Cheese Frosting :


125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon ( kebetulan takde lemonaku ganti dgn 1 sudu kecik sunquick )

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon

Sapukan cream cheese td atas kek.. ratakan
Sejukkan dlm peti ais jap sementara kita buat coklat ganachenya dulu..


Bahan2 utk Ganache Coklat :

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam (aku tak letak )
1 sudu besar golden syrup (takde pun takpe)
1 sudu teh paste vanila

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair.. Angkat dan sejukkan..
Tuang atas cream cheese td.. sejukkan lebih kurang 1-2 jam sebelum di potong..




koranggg....
masih terasa-rasa je kesedapan kek ni kat ujung lidah aku  tau

untuk tambah tahap kerajinan, korang kena beli semua bahan dulu. bila bahan dah ada, tak de alasan lagi nak bermalas-malasan


6 comments:

  1. sedapnyerrr..... :) sgt terliurrr.....kena buat ni utk weekend ni..
    tp...agk malz nk carik cream cheese~jauh sgt kedainyer....

    ReplyDelete
  2. menarik..nk try la nnt..jmput snggh blog sy http://dsupermama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. elly .... bgtau la bila nak. 2 pun boleh den buatkan

    ReplyDelete