Friday, 7 February 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese



yippie....

dah jumaat, seronok betul bila terbayangkan tilam dengan bantal empuk kat rumah

empuk le sangat, kan?..empuk je nak bagitau, yang kepam hangit tak nak pulak kecoh. hokei le, memang kepam tapi kadang-kadang aku sembur febreeze tau. mati segala kuman 

2 hari lepas aku tunjuk gambo kek buat main korang yek, laju-laju minta resepi 



untuk tak menghampakan permintaan, nah aku persembahkan resepinya. gambar tak sememeh tapi rasa tak sememeh



resepi asal dari che mat gebu

tumpang lalu untuk copy paste 


BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (che mat guna susu IDEAL)
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan bersama air krim vanilla.....ehemmm...




aku ada rasa pelik sikit. kenapa ramai orang tangkap gambar makanan nampak hebat menawan

kenapa aku ambil gambar jadik sedih je rupenya

dulu salahkan kamera tikam, sekarang kamera tikam dah kena curi, dah ada kamera lain. tetap jugak sedih

maka...... 
salah orang atau salah kamera?




aku rasa kek ni lagi sedap kalau tunggu lama sikit

masa kek dah sejuk time tengahari aku rasa biasa-biasa je. bila dah malam, keluarkan dari peti ais baru aura dia datang. sedap seh

appalagi... licin le semuanya aku dan angah ngap



10 comments:

  1. da dpt resepi nk sekping dua plak kak...heheehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa. nina pernah buat kek coklat lapis cheese ni sekali dulu. time tu guna cheese yg dah lama tereram dlm peti. xsedap langsung. haha. cheese tu kepam sgt kot

    ReplyDelete
  3. haaa..tu dia resepinya...minta salin resepi..hihi..

    ReplyDelete
  4. anies .... meh le dtg sini. 3 keping pun boleh makan

    ReplyDelete
  5. nina : hahahahah. rasanya cheese tak kesah, jgn sampai berkulat je. kang lebih rasa kulat dari rasa cheese

    ReplyDelete
  6. sue bee... jgn hanya salin, buat sekali yek

    ReplyDelete
  7. Tester?.,,,,,aik, hari tu kata nk resepi, skrg tster plak

    ReplyDelete