Thursday, 17 July 2014

Bling Bling ala Pandora



korang tau tak???... 

meh sini nak ngadu domba. semalam kak ton rajin nak keluarkan kamera dari persembunyian. godek-godek sikit setting sebab gambar tak cun. kalah jurugambar bertauliah lagaknya

sekalinya .... apa ntah yang kak ton tekan habis semua gambar lenyap. terdelete habis. terkesima dan terkaku sekejap. tak percaya ini semua boleh berlaku

uwaaaaaaaa.... banyak gambar kat dalam tuh. pegi sana, pegi sinun dengan family yang tak sempat nak ditransferkan. terpaksa la gigit garpu tanda terkedu

sedih tau 


dek kerna hati yang sedih, terus gugel pandora emas ni




harga pandora bukan main meletup, kak ton tak mampu. jeling pun tak mampu tau. kot kalau duit bertingkek-tingkek tak pe le jugak

nasib le hati tak berkenan. pandai hati buat pilihan yang tak memudaratkan perasaan

tapi yang versi emas ni nampak ok jugak. kot kalau tercekik nanti, boleh berkunjung ke pajak gadai

jelas kelihatan diri tu dah macam makcik-makcik. bila time raya, hati nak beli emas la, nak tukar langsir, nak beli kusyen la



3 comments:

  1. samalah mcm sis . sampai meleleh air liur nak pakai emas . duit bertingkek - tingkek asik lari ke benda lain jer ... adeh .

    ReplyDelete