Friday, 11 July 2014

Buat Minuman Detox



baju raya korang cantik tak??... mesti hebat kan??..

ye la, kita ni kan perempuan. naluri nak cantik tu mesti ada. masa ni le nak berglemer lebih sikit kat rumah. masa pagi raya le baru dapat nak bergincu kat celah dapur. kot kalau buat tiap-tiap, bapak marah pulak

bapak kak ton... pantang dia tengok orang bergincu. sebab????... tak dapat dikenalpasti dan tak berani nak tanya. sebab tak berani tanya???... takut dapat pelempang buaya percuma

tapi apa la maknanya baju cantik tapi badan adalah sedeh. apa guna ada baju lip lip tapi muat takat tengkok je


ni ha, semalam jumpa kat fb. minuman detox paling selamat dan murah




tengok komen-komen kat situ semua pun memberangsangkan

tak semestinya untuk kurus tapi yang paling penting, orang yang minum ni badan rasa ringan walaupun waktu pergi kat mesin penimbang jarum adalah berputar-putar terkejut. walaupun kita adalah sedia malas, mungkin dengan meminum ni boleh kurangkan rasa malas

potong 1 biji lemon, 1 biji timun dan 3 inci halia. masukkan dalam jar berisi air masak. letak dalam 12 helai daun pudina. letakkan dalam peties semalaman. lepas tu jangan digogok jar tu, minum guna gelas ye

katanya minum 1 hingga 2 gelas sehari tapi kak ton rasa macam nak amik satu jug sehari. mungkin lepas tu badan kak ton rasa ringan macam kapas. nanti jangan terkejut pulak kalau nampak kak ton cuma jejak jari kaki je kat tanah waktu berjalan. kata badan ringan kan?....


semua bahan dah ada kecuali daun pudina. first time nak beli daun pudina seumur hidup ni. dah pesan kat laki kak ton suruh beli tapi jangan harap le dia nak beli. tau sangat, tu saja pesan untuk bermanja-manja

kalau keadaan darurat
kalau guna ubat gigi perisa pudina
ok tak??????



18 comments:

  1. haaa,, sis kalau kita kena peram semalam jer ke? pastu kena minum sehari seglas ke? haaa..camner tu. heee..saya like entri ni.apa2 up entri kt blog sy eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ckp minum 1-2 gelas tapi rasanya macam nak tibai satu jag sehari

      Delete
  2. 1 biji halia ke 1 inci halia
    ko bio betul
    mau cirit birit ni kang
    ubat gigi pudina pun layan la kak ton weiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk....salah tulis le pulak. hehehehhe, biji timun, nanti betulkan
      lagi cirit lgi terbaek


      Delete
  3. tingin nk minum tp perut sy sgt alah dgn jenis minuman sebegini..xtau kenapa

    ReplyDelete
  4. adehhh.. dah menelan air liur tgk gambar ni. hehe

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

    ReplyDelete
  5. saya selalu buat letak timun n apple hijau ...

    ReplyDelete
  6. berkesan utk mengatasi sembelit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak sebab utk sembelit saya ada amik yang lain

      Delete
  7. salam kak ton, nak tanya sket! lemon tu just hiris aje ke, tak yah perah jusnye? halia pulak niris nipis2 atau just tumbuk ngan anak lesung then campak dlm air aje? excited nak try nih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. semua pun hiris je

      selamat menerai ye

      Delete
  8. salam ziarah n terus polow. kita pun baru masuk day 2 buat air detox ni.. minum lepas berbuka.. refreshing sgt.. sudahnya.. mata celik smpai tgh malam.. hahaha...

    ReplyDelete
  9. apakah ? hehehee...macam okay jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa layan sebab byk feedback yg bagus

      Delete