Wednesday 23 July 2014

Resepi Mudah



walaupun kak ton balik keje pukul 4 bulan ramadhan ni tapi sampai rumah pun lambat jugak. jalan ok je, sampai depan nursery pun sebelum pukul 4.30. kira hebat la sebab nak kena berjalan ke car park, lepas tu buat satu pusingan baru dapat keluar main gate. dengan kelajuan minima yang dibenarkan iaitu 15km/jam. sampai kat muka gate pun ambik masa dekat 10 minit, nak keluar kete untuk cop jari lagi

kiranya jalan lengang la yang kak ton bole sampai cepat

kalau rajin, balik rumah dulu. pukul 5 baru keluar untuk collect iwan n angah dari sekolah agama. kalau nasib baik, tak yah ambil along. kalau kena ambik dia, dekat 5.45 le sampai


tak pe... banyak masa lagi. menu selalunya memang dari ofis dah plan awal-awal. kalau tak de perancangan, kusut pikiran dibuatnya

kalau korang kesuntukan masa dek kerna jam atau apapun alasan, meh sini kak ton nak share satu resepi ringkas. bahan pun mudah untuk dicari dan kak ton percaya semua rumah pun ada stok barang ni


panaskan kuali. kalau ada non-stick pan lagi bagus ye

pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, letakkan sikit garam. pukul sebati. boleh jugak letak sikit air dalam campuran telur tu

masukkan dalam kuali. bila dah masak, balikkan telur tu. boleh la diangkat dan hidangkan dalam pinggan


sedap dimakan dengan nasi panas dan kicap


sekian, selamat mencuba


p/s ..... mahapkan kak ton. boring le pagi-pagi ni. terpaksa buat lawak vongok



4 comments:

  1. haha punyala eksaited baca penuh pengharapan lepas tu semat azam nak cuba untuk buka posa hari ni. sekali...hahaha

    ReplyDelete
  2. telur goreng lah yg bebudak plg suka mkn n tak jemu ...

    ReplyDelete