Tuesday, 5 August 2014

Selamat Hari Raya



dah raya keberapa baru dapat nunjuk gambar raya

tak rajin nak ngadap tenet waktu raya, lebih baik layan biskut dan lemang

lokasi raya kak ton, macam tahun-tahun lepas kat melaka dulu. suasana pagi raya memang happening tapi bila dah tengahari, dah petang, dah masuk raya kedua.... serupa macam tak raya

kalau kat kampung sendiri, punya la ramai tetamu. maklum le, rumah orang tua. anak-anak sedara mak abah semua datang bertandang. kawan-kawan abang pun masih ingat jasa mak abah, ramai yang datang jugak

waktu dulu, rumah mak abah dah macam jabatan kebajikan masyarakat. ramai beno maknusia berkongsi kebaikan mak dan abah. kawan abang pun pernah kawin kat rumah mak

walaupun ramai penghuni, rezeki mak abah tak pernah putus. duit untuk beli berguni beras tetap ada. alhamdulillah




bukan main susah nak ajak bergambar. tegang urat-urat kak ton nak kumpulkan diorang ni

wajah sang ibu yang redho kena ikut warna baju pilihan anak dara. haih....



bersedia untuk menjelajah kampung dengan misi untuk menambahkan koleksi duit raya

anak den dah besar. kejap je masa berjalan. hukhukhuk, sedih pulak



selfie sesangat 



4 comments:

  1. selamat hari raya Kak ton..hehehe..anak bujang saya pun dah pandai request kaler baju raya...huhuhu

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya. terpaksa ikutkan aje kan kehendak diorang. hari raya pun lebih pada anak2 je sekarang

    ReplyDelete