Thursday 5 March 2015

Mencari Aktiviti


ohoooooooohoiiiiii

pernah tak korang rasa malas yang amat sangat. semua benda pun malas. duduk malas, berjalan malas, makan malas. macam tu le yang kak ton rasa sekarang

hapdate blog semua pun malas. kalau boleh nak baring je sambil orang sapu belakang dengan losyen, picit-picit kaki dengan minyak panas

jutawan sangat impian

tapi demi sesuap nasi, digagahkan diri jugak ke opis. order dah kurang jadi kesibukan pun begitu juga. kurang sibuk membawa kepada kemalasan jugak

haih, jadi mari kita create kerja yang mencabar sikit



tanam bunga dalam tayar



buat gelanggang sepak takraw dan badminton kat tepi opis

bila sel-sel otak tak berhubung, dekat 3 tin cat 5 liter diorang guna untuk buat satu court je. ish ish ish... mandi cat ke korang ni

jadi kak ton telah turun padang dengan suara ala-ala petir dan halilintar. join mengecat sekali

kalau guna kaedah mengecat kak ton yang berkonsepkan ketat macam lepas sapu kacip fatimah, mungkin guna suku tin je. diorang ni la, mentang-mentang benda free semua pun membazir



gantung frame di sana dan di sini



disebabkan sel otak tetap jugak degil tak berhubung, kak ton guna water level. kot kalau ikut style diorang, biar le senget benget janji frame berjaya digantung


dengan tersebarnya gambar-gambar ni, kak ton klasifikasikan diri kak ton sebagai pekerja yang multi task dan menurut arahan

munthoh tak???
:)



2 comments: