Monday 6 April 2015

Supplier yang Teruk



tempat kak ton keje ada sport club. jadi untuk permanent staff, tiap-tiap bulan potong sikit dari gaji untuk buat aktiviti. contract workers tak payah potong dan kita pun diberi pilihan untuk jadi member atau tak. tapi kalau tak jadi member, malu la kalau nak join aktiviti kannnnnnn

tiap tahun biasanya committe akan bertukar tangan. financial year ni kak ton jadi vice president. macam ada unsur semi-paksaan di situ sebab boss kak ton jadi president. lagipun tiga tahun lepas kot dah jadi bendahari jadi kalau bole malas dah nak ada jawatan apa-apa tapi apakan daya Allah menentukan segalanya

misi pertama yang kitorang planned adalah buat t-shirt untuk member. planned dan pembayaran deposit adalah dari awal december ye

cari punya cari, selak punya selak .... kami pilih satu supplier ni. sebab utama adalah dia quote rm10 untuk cotton t-shirt dengan minimum 100 t-shirt. lepas tu dapat free banner. nampak menarik kannnnn.... disebabkan member berdaftar adalah lapanploh lebih, kitorang open untuk sapa2 yang nak beli untuk family member. jadi dapat la harga rm10 tu

mana nak tau ujian demi ujian yang kami timpa

umpama jatuh ditimpa tangga... muka tersembam pulak kat taik lembu... terpalit pulak taik lembu di pinggir bibir

dah cantik molek kuantiti yang nak diorder. tiba-tiba ada internal issue. tak pe, yang tu berjaya dimanaged

yang si supplier ni... tak tau kenapa la sedih sangat servicenya

memang ada sesetengah issue tu dari pihak kitorang tapi tak de le seteruk dari diorang

minta invoice untuk bayar deposit pun lintag pukang. kitorang pulak kena bagitau invoice tu kena buat macamana. yeeendeeeeiii

dah bayar deposit, dah pilih design, dah pilih warna. semua pun berdasarkan brochure yang kak ton nampak kat fb, lepas tu diorang pun ada email brochure yang sama. ok fine, kita bukak pada anak-anak dan big size jugak. tu pun punya la banyak kesalahan ejaan. banyak kali jugak la edit

fuhhhh.... dari sini dugaan datang bak machine gun

dah confirm artwork, dah print pun baju. bila dah nak collect, tanya mana banner. kat situ baru tau diorang tak de print banner. tak pe... meh sini artwork untuk banner. dah dapat artwork untuk banner baru perasan logo dah salah. uwaaaaaaaaa.... nak menangis tiada guna sebab semua pun dah print

memang salah kitorang pun, tak check betul-betul. cuma nak tanya jugak sebab masa awal-awal artwork tu nama company dah betul. tang last-last je salah. budak pembuat artwork tu katanya pegi google logo kitorang dan paste nama company yang salah

company kitorang ada banyak cabang. logo yang sama tapi wording tiap-tiap company lain. kak ton tak berapa kesah tapi memandangkan ramai je yang bermulut wartawan, supplier cadangkan dia tampal wording tu. ok, fine. harap2 dapat betulkan kesalahan

lepas chinese new year baru dapat contoh t-shirt yang ditampal. kat situ nangis lagi 5 baldi. warna t-shirt pulak salah, kitorang order turquoise tapi biru pulak yang dihantar. dah kenapa korang ni?????... punya la jauh beza

ni pun nk salahkan kitorang jugak. memang diorang ada communicate tak dapat cari semua warna yang sama jadi diorang propose saiz budak2 dan big size warna biru. dah kenapa gitu??... nama pun kelab, kena la sama warna except yang committee kitorang order purple. kak ton tak pernah terima suggestion tu tapi diorang memandai-mandai print. lepas tu dengan mulut umpama pedang laser star trex. ewah ewah.... tak professional sangat

nak tak nak terpaksa terima baju yang salah. kak ton dah stand-by telinga. bertan-tan komplen yang datang. huwaaaaaa..

dah le dengan member kena tadah telinga, dengan supplier pun sama. aikkkk,, tak paham plak kak ton. dia yang memandai kitorang pulak yang kena

dah malas nak gaduh dengan so called manager tu, kak ton minta secretary pulak yang deal dengan diorang. hehehehe, secretary pun nak nangis keluar sirap bandung. merasa la kita sesama

dah tiba masa nak collect, nak bayar full. invoice lagi sekali macam harem. kita customer pulak yang nak kena check, amend sana sini. yang patut free dia charge, quantity salah, yang patut kat atas dah terbali ke bawah. kalau sekali dua tak pe la duk advise diorang tapi kalau dah lebih sepuluh kali, dah jadi pelik. korang tau bisnes ke tak ni??????.... bila kita called, kena marah pulak konon tak habis-habis nak amend sana-sini. eh eh, memang le nak kena tukar kalau dah salah. ingat ni company pak sedara kitorang ke adik oooii

sedih tapi kami tetap teruskan hidup

baju dah collect ... bila nak distribute perasan pulak tone baju pulak salah. 2 big size, satu warna cair satu warna pekat. bila call, dia cakap costume made memang ada lari sikit kain. nampak sangat membongaknya. 2 big size, 5 kanak-kanak tapi satu je tone lari. obvious sangat pulak tu. patutnya 1 biru 1 purple tapi dua-dua pun purple. satu purple muda satu lagi purple tua. ingat kitorang buta warna ker?????.....dah tu kenapa pulak bebudak punya bole sama. hangin sampai hujung rambut tapi airmata dah kering  

ingat nak minta maap ke hapa ... last-last kitorang dikeji jugak. "tu la, asyik tukar size la, itu la". eh eh eh, baru 2 kali je rasanya tukar size. 'baju tu harga rm10 je tau, memang la macam tu". lantok le baju tu harga rm10 pun, dah korang yang offer. bukannya kitorang korek-korek idong korang, congkel-congkel biji mata korang suruh bagi kitorang harga tu 

kualiti baju sangat la sedih. baju anak-anak kak ton macam stock lama, dah kena makan dek lipas. berlubang sana sini. jahitan pun sedihhhhhh sangat

yang big size tu memang tak bole pakai. maka sorang committee tak pakai baju purple

in between banyak lagi benda yang memeningkan kepala. tak kose nak lukakan hati lagi


jadi .... banyak morale storynya kat sendiri. nak buat ulasan malas pulak kak ton.

berwaspada la ye. dah serik dengan supplier ni. pada yang nak order pembuat t-shirt kat kajang tu, sila pikir banyak kali



justin yang tak dapat pakai baju purple. order 5XL tapi dapat saiz kecik. muat kat tengkok dia je. kalau masuk dari kaki, muat tang betis je

jaga ye supplier.... 
kalau datang klang, kak ton tak bagi tokey ikan jual ikan kat korang. justin jaga bahagian banting, lynn pulak jaga bahagian meru



1 comment: