Wednesday 8 July 2015

Golongan Bijak Pandai nak Cakap



sapa yang tak terasa dengan keadaan ekonomi sekarang, meh sini nak lempang kuat-kuat. lepas lempang, kak ton ikat pulak kat pokok kelapa sawit

semua pun serba mencabar kennn

pasar ramadhan tahun ni baru sekali je kak ton pergi. tempat yang selalu kak ton beli kuih tahun lepas dah naik harga. badak berendam dah naik dari 2 engget naik 2.50. kuih-kuih lain pun kak ton jeling naik harga jugak. tak kesah sangat sebab kualiti kuih pun mantop

yang kuih sedeh pun jemaah naik harga jugak kenapa??... orang guna kelapa buat inti, korang guna hampas kelapa. perah-perah dulu amik santan buat masak kari, hampas kita buat inti pulak. kelas sangat kan perangai. mungkin pikir air tangan tu tarap chew wan agaknya

jaga korang yekkkk

walaupun kak ton cuma pergi sekali, en suami bole katakan tiap-tiap hari melawat pasar ramadhan. macam ajk pasar ramadhan pulak dia. dah pesan tak payah pegi sebab kebanyakan hari kak ton sempat buat kuih simple. nak jugak dia membeli. yang ni kita panggil sawan sopping ye kawan-kawan

nampak tak point kak ton ni???

 kalau nak jimat, tak payah le pegi sangat pasar ramadhan tu melainkan kalu betul2 tak sempat nak memasak, penat sangat sampai tahap juling-juling biji mata atau mengidap menu yang memang tak termampu nak buat

demi keadaan ekonomi yang pusingkan kepala ramai orang, tahun ni kami pecahkan tradisi dengan konsep "no buffet ramadhan kat hotel". kalau tahun sebelum-sebelum ni, at least sekali mesti bawa family ke hotel. saja reward diorang. tapi bila harga sekarang dah macam harei, sekali makan sefamily punya harga bole membawa pada harga masak 2 minggu, baik makan je kat rumah. harga mahal tapi makan benda yang biasa-biasa je bebudak ni. bukan nak try menu baru. bikin panas je kan. patutnya kalau berbuka kat hotel ni kena gunakan konsep makan sampai keluar makanan dari liang roma

kalau nak jimat lagi, sila jangan balik kampung macam yang direkemen oleh professor mana ntah tu. memang profesor zaman sekarang ada tarap pendidikan upsr 3 kali repeat ke??...

duk je la kat rumah memasing sambil tengok tivi. buat air satu jag beso, beli kuaci biji matahari tiga mpat baldi, makan je bende tu sampai kenyang

kalau degil nak balik kampung jugak, tak reti-reti dengar nasihat professor, kena la buat perancangan teliti. balik kampung seminggu sebelum raya, ikat upih pinang belakang lori ke bas ke yang nak ke kampung korang

pada yang rumah mak pak tu dekat dengan sungai/laut, bertuah le korang. bole le bina rakit dari batang buluh mahupun tayar lama. daripada tayar tu kumpul nyamuk eades, lebih baik le guna

eleh, apa la yang heboh sangat pasal nak balik kampung, orang balik kampung pun cuma nak tunjuk barang kemas je pun kan



1 comment: