Tuesday 4 August 2015

Selamat Hari Raya 2015


walopon dah nak habis Syawal, tak de le jadi masalah kot nak ucap selamat hari raya. jari-jemari yang lembut ni kak ton susun cantik-cantik, memohon seribu keampunan

mood nak update blog tak kelihatan, mungkin tertinggal kat kampung ataupun kat r&r highway. jadi kak ton biyo je kek m&m tu terdampar kesepian



cakkkkk.... kak ton dan suami 



tak de tema. pakai je le kaler yang korang suka. omak tak kesah.

memula memang tak de plan nak belikan anak-anak lelaki baru melayu. baju tahun lepas pakai sekali je konon nak elak pembaziran di hari raya tapi tak sampai hati pulak tengok anak orang lain ada baju baru, anak kita pakai baju lama je walopon kondisi masih macam baru

maka berlarian le kami ke pekan masjid tanah di petang sebelum raya tu. purple je yang ada saiz. tak pe le, janji ibu tak nangis tengok korang pakai paju lama 



cak lagi.... bersama anak dara pulak

tahun ni rasanya raya yang paling boring. tak de aktiviti anyam ketupat. maka tak de le sangat aktiviti kak ton. tapai pulut pun mak mertua tak buat

pagi raya tu reramai beraya kat sepital melaka, melawat kakak ipar yang admitted, lepas tu cepat-cepat balik untuk solat jumaat pulak. takkan solat sunat buat, yang wajib dilupa. petang pun tak bergerak ke mana-mana

malam raya je keluar ke 2 biji rumah mak sedara. tu pun pakai seluar palazo je. aihhhh....bowing sangat tau. kenapakah begini?????

nasib le esok dah terbang balik ke Kuala Kangsar, Perak. semangat nak tidoooo 



4 comments: