Wednesday 15 July 2015

M&M Choc Moist Cake



Tq Along Azliana, order pagi pihak kawan ehh

baru kak ton tau m&m ada bentuk bulat ada bentuk bujur










Tuesday 14 July 2015

Menjala Roti



bila drive balik dari office.... teringin nak makan roti jala yang dibuat sendiri. tak mo yang beli, kuah cair, serbuk kari bancuh dengan air panas dan minyak. yeittt, kalau gitu caranya anak kucing kak ton pun bole buat

bila menu dah siap terlukis dalam kepala, senang sikit nak buat kerja. tak payah beli kuih-muih, roti jala dah cukup mengenyangkan



biar le herot angah gulung. janji hati sejuk sebab ada yang menolong. bila masuk dalam perut hilang le herot benyot tu



sekali laki balik dari kerja macam-macam lagi yang dibeli. geram pulak kak ton rasa. konsep jimat cermat tak jadi

bising pun buat penat mulut, bukannya nak eran



untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, roti john tu dia beli 2 batang ye

perlu ke kak ton nangis kat tepi highway kalau gitu?...


Monday 13 July 2015

Black Crunchy Cookies



1st time makan biskut ni kat rumah kawan en. suami. dia pulak keluarkan balang. sedap betol rasa dia, rasa nak habiskan 2 balang. untuk tak menampakkan sangat rakus, kak ton tinggalkan sikit. rasa sungguh terhibur makan sambil berborak tanpa arah tujuan

dengan muka tak malu, kak ton tanya resepi tapi tak berjaya. dia tolong jual je jadi resepi nan ado. tak pe la, janji dapat makan dengan gembiranya




sejak dari hari tu, kak ton tercarik-carik terkorek-korek resepi yang sesuai. banyak kali try tapi tak de satu pun yang sama macam yang kak ton pernah makan

kalau mengidam, kak ton akan beli 3 - 4 ketoi kat bakery tak jauh dari rumah. kat situ nama dia american cookies, seketoi rm1.50

sila ambil perhatian, tu harga sebelum gst ye




last week sorang member kat group fb musykil resepi post gambar biskut ni, nama dia Nazatul Ain Zakaria. Resepi arwah maknya. Tak lengah le snapshot

Ya ampun....hasilnya sama dengan yang kak ton pernah makan dulu tu


250 gram butter
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
1 biji telur
100 gram badam cincang
100 gram coklat chip - tak letak pun 
50 gram serbuk koko
300 gram tepung naik sendiri

Pukul butter dan gula. Masukkan gula, kacau sebati.
Masukkan badam dan coklat chip, kacau rata
Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Uli sampai jadi doh
Bulatkan adunan dan leperkan dengan garfu

bakar 170 darjah dalam 25 minit, bergantung oven masing-masing. mula-mula kak ton bakar 15 minit tapi tak rangup. tambah lagi masa. nasib le biskut memang azai itam jadi kalau terlebih bakar sikit pun tak jadik problem

nampak tak kak ton tak letak coklat chip. tau tak kenapa tak letak?... sebab tak perasan. pagi ni masa nak menaip baru perasan ada coklat chip rupanye

bio lantokkan. rasa masih marbeles, sangat menepati citarasa kak ton dan anak dara kak ton




berbuka sambil jeling-jeling biskut dalam tupperware. dekat separuh dah lesap dalam perut ibu dan anak

makan pun sambil nangis lap-lap dengan tisu, tersandar tepi peti ais. terharu sangat kata ko. tengok gambar ni, sambung lagi nangis



Wednesday 8 July 2015

Golongan Bijak Pandai nak Cakap



sapa yang tak terasa dengan keadaan ekonomi sekarang, meh sini nak lempang kuat-kuat. lepas lempang, kak ton ikat pulak kat pokok kelapa sawit

semua pun serba mencabar kennn

pasar ramadhan tahun ni baru sekali je kak ton pergi. tempat yang selalu kak ton beli kuih tahun lepas dah naik harga. badak berendam dah naik dari 2 engget naik 2.50. kuih-kuih lain pun kak ton jeling naik harga jugak. tak kesah sangat sebab kualiti kuih pun mantop

yang kuih sedeh pun jemaah naik harga jugak kenapa??... orang guna kelapa buat inti, korang guna hampas kelapa. perah-perah dulu amik santan buat masak kari, hampas kita buat inti pulak. kelas sangat kan perangai. mungkin pikir air tangan tu tarap chew wan agaknya

jaga korang yekkkk

walaupun kak ton cuma pergi sekali, en suami bole katakan tiap-tiap hari melawat pasar ramadhan. macam ajk pasar ramadhan pulak dia. dah pesan tak payah pegi sebab kebanyakan hari kak ton sempat buat kuih simple. nak jugak dia membeli. yang ni kita panggil sawan sopping ye kawan-kawan

nampak tak point kak ton ni???

 kalau nak jimat, tak payah le pegi sangat pasar ramadhan tu melainkan kalu betul2 tak sempat nak memasak, penat sangat sampai tahap juling-juling biji mata atau mengidap menu yang memang tak termampu nak buat

demi keadaan ekonomi yang pusingkan kepala ramai orang, tahun ni kami pecahkan tradisi dengan konsep "no buffet ramadhan kat hotel". kalau tahun sebelum-sebelum ni, at least sekali mesti bawa family ke hotel. saja reward diorang. tapi bila harga sekarang dah macam harei, sekali makan sefamily punya harga bole membawa pada harga masak 2 minggu, baik makan je kat rumah. harga mahal tapi makan benda yang biasa-biasa je bebudak ni. bukan nak try menu baru. bikin panas je kan. patutnya kalau berbuka kat hotel ni kena gunakan konsep makan sampai keluar makanan dari liang roma

kalau nak jimat lagi, sila jangan balik kampung macam yang direkemen oleh professor mana ntah tu. memang profesor zaman sekarang ada tarap pendidikan upsr 3 kali repeat ke??...

duk je la kat rumah memasing sambil tengok tivi. buat air satu jag beso, beli kuaci biji matahari tiga mpat baldi, makan je bende tu sampai kenyang

kalau degil nak balik kampung jugak, tak reti-reti dengar nasihat professor, kena la buat perancangan teliti. balik kampung seminggu sebelum raya, ikat upih pinang belakang lori ke bas ke yang nak ke kampung korang

pada yang rumah mak pak tu dekat dengan sungai/laut, bertuah le korang. bole le bina rakit dari batang buluh mahupun tayar lama. daripada tayar tu kumpul nyamuk eades, lebih baik le guna

eleh, apa la yang heboh sangat pasal nak balik kampung, orang balik kampung pun cuma nak tunjuk barang kemas je pun kan



Friday 3 July 2015

Berbuka Puasa - hari ke 15



semangat nak sambut Syawal telah timbul ye. tu pun dengan bantuan radio. napa plak radio kan????... sebab radio dah start pasang lagu raya

huh, perangai ngalahkan bebudak pulak orang tua ni
tua tak tua... janji raya setahun sekali kennn

harus le nangis dalam kereta bila dengar lagu exist, yang ku pohon ampun tu



semalam.... ni le juadah kami

rendang ayam bring forward yang kelmarin punya. selalu memang kak ton buat rendang ayam sekor terus. senanggggg akka pemalas la gitu



asam pedas daging tetel. meleleh tau bila teringat. tapi kena la rebus elok-elok bagi empuk. kalau liat, rasa nak empuk je diri sendiri

ni kak ton selitkan resepi, kot ada sapa-sapa yang nak buat jugak. kali ni kak ton tambah kentang, rebus sekali dengan daging. bila kentang dah empuk, kak ton angkat tinggalkan daging je untuk sesi melembutkan diri

Daging tetel anggaran 600 gram - rebus hingga empuk (simpan air rebusannya)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai*
1/2 inci lengkuas* (kuantiti lengkuas kurang setengah dr kuantiti halia...so korang kira ler yer..)
2 biji buah keras*
Sedikit belacan*
20 biji cili kering-dipotong dan direbus dahulu)*kalau nk pedas boleh tambah
Daun kesom
Bunga kantan (kalo suka)
Daun limau purut
2 sudu makan sos nampla
2 sudu makan air limau nipis
Air asam jawa
Minyak masak
Garam, perasa

Cara-cara
1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus bersama air asam jawa.
2. Panaskan periuk dan tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga pecah minyak dan wangi
3. Masukkan sedikit air rebusan dan daging. Boleh tambah air lagi kalo nk kuah lebih. Tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimasukkan sos nampa dan air limau nipis.
4. Campakkan daun limau purut, daun kesom dan bunga kantan.



kudapan.... cucur jagung

sepinggan besar kak ton buat tiap kali berbuka, jangan ingat membazir ye. ujung-ujung yang tinggal cuma bulu jagung. semua pun suka. masuk ni dah lima kali kak ton buat untuk berbuka

alhamdulillah... saya ibu yang gembira


Thursday 2 July 2015

Juadah Berbuka 14 Ramadhan



assalamualaikum kawan-kawan

sedar tak sedar, hari ni dah nak masuk hari ke 15 kita semua berpuasa. dah separuh ye kawan-kawan

sempat sediakan juadah berbuka untuk family

tahun ni rasa malas nak berbuffet kat hotel macam tahun-tahun lepas. anak-anak lagi selesa berbuka kat rumah walaupun bapak eh ajak. dulu seronok la diorang sekali-sekala pergi. jangan tidak, hari tu berbuka kat steamboat. tu pun makan ala kadar je



asparagus belacan dengan sutun



rendang ayam moden bak kata along

sebab selalu jugak buat rendang ayam kampung dan ayam pencen jadi timbullah ayam moden. senang nak bezakan



tukang meramaikan majlis adalah sambal tumis udang dengan ikan kembong masin



kak ton mesti makan kuih waktu berbuka. tak makan nasi pun tak pe kalu ada kuih

semua pun beli ye sebab alang-alang lalu depan pasar ramadhan masa bawa angah pergi klinik

murtabak, badak berendam, kuih lopes. kuih lopes marbeles,,,, keras macam papan lapis. tak ketinggalan bubur lambuk hasil beratur kat masjid oleh Iwan